Pelakon Hussein Abu Hassan Meninggal Dunia

Pelakon veteran Hussein Abu Hassan yang dahulunya aktif berlakon drama dan filem meninggal dunia pagi Isnin tadi jam 5.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham Hussein berumur 70 tahun, dan meninggal disebabkan komplikasi akibat kerokan fungsi limpa.

Antara filem yang menonjolkan bakat Hussein Abu Hassan adalah filem Gila Gila Remaja yang popular pada tahun 1980-an yang juga dibintangi oleh anaknya sendiri, Faizal Hussein. Hussein mengarah dan menjadi pelakon pembantu dalam Gila Gila Remaja. Isterinya, Mahyon Ismail, juga berlakon dalam filem tersebut.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Setapak, Taman Ibukota, Kuala Lumpur. Allahyarham dilahirkan di Mersing dan pernah menjawat jawatan bersama pasukan polis sebelum memulakan kariernya sebagai pembantu pelakon dalam filem Sri Mersing. Lakonannya yang mantap membolehkan Hussein diberi watak dalam filem filem lain seperti Tun Teja, Panglima Besi, Laksmana Do Re Mi dan lain lain.

Alfatihah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Hussein Abu Hassan dan semoga bersabar menghadapi dugaan ini.

Angkasawan Mejar Dr Faiz Khaleed Cedera Ditetak

Angkasawan Mejar Dr Faiz KhaleedAngkasawan Mejar Dr Faiz Khaleed cedera ditetak oleh 2 orang penyamun yang bersenjatakan parang dalam kes awal pagi tadi. Dr Faiz dan rakannya diserang sewaktu dalam perjalanan pulang dari minum ringan di Kuala Lumpur dan berlaku kira kira jam 2 pagi.

Selepas minum, Dr Faiz dan rakannya beredar menaiki kereta rakannya itu ke rumah Dr Faiz. Ketika tiba di hadapan ruman Dr Faiz, 2 orang lelaki menghampiri mereka dan menolak Dr Faiz hingga terjatuh. Kedua dua lelaki itu kemudiannya mengalih perhatian kepada rakan Dr Faiz di dalam kereta dan meragut rantainya.

Dr Faiz bangun melawan dan bergelut dengan kedua dua penyamun tersebut. Dalam pergelutan tersebut, salah seorang penyamun telah menghayun parang dan mengenai tangan kirinya. Dalam keadaan tercedera, Dr Faiz membuka pintu pagar automatik rumahnya menyebabkan penyamun tersebut terkejut dan melarikan diri.

Diharap semoga Mejar Dr Faiz akan cepat sembuh dari kecederaannya.

Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur, 30 November - 2 Disember 2007

Pesta Batik Antarabangsa akan berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember 2007 (Jumaat - Ahad) di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Acara utama yang bakal berlangsung adalah seperti pameran batik, pertunjukan dari peserta Piala Tan Sri Endon, galeri melukis batik serta demonstrasi membuat corak batik.

Pelbagai acara bakal disediakan untuk pengunjung dan keluarga seperti pertandingan melukis batik sekeluarga, pertandingan fesyen batik kanak kanak, pertandingan mencari harta karun dan sebagainya. Pengunjung juga boleh mengambil kesempatan menyertai acara menderma, Batik FunWalk, bagi mengumpul dana untuk tabung Penyayang Pesakit Kanser dan Cancerlink Foundation.

Maklumat penuh:

Acara: Pesta Batik Antarabangsa, Kuala Lumpur
Tempat: Kuala Lumpur Convention Center, KLCC (Bersebelahan KLCC Suria), Kuala Lumpur
Tarikh: 30 November 07-2 Disember 07 (Jumaat - Ahad)

Next Page →