Erra Fazira Kahwin Khamis Ini

Erra Fazira Kahwin Engku EmranErra Fazira yang melangsungkan pertunangan dengan Engku Emran pada bulan September 2007 akan melangsungkan pernikahan pada hari Khamis ini, 25 Oktober 2007. Erra Fazira adalah bekas isteri anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim manakala Engku Emran adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk Suria FM.

Majlis akad nikah ini akan dijalankan secara sederhana manakala jemputan akan terdiri daripada kalangan pihak keluarga dan sahabat terdekat. Undangan majlis pernikahan telah dihantar sejak semalam. Suasana ini berbeza sekali dengan perkahwinan terdahulu Erra bersama Yusry yang mana telah diberitakan lebih RM1 juta dibelanjakan untuk menjayakan majlis perkahwinan besar besaran di antara kedua dua pasangan artis popular tersebut.

Sewaktu pertunangan mereka bulan lepas, Erra telah meminta senaskah Al-Quran sebagai hantaran peminangan dan telah menolak sebarang tawaran wang daripada pihak Engku Emran. Erra baru sahaja habis menjalani penggambaran sebuah filem Hollywood bertajuk Hidden in July.

Technorati Tags: , , ,

PesonaBatik.com Kembali Beroperasi

Setelah ‘bercuti’ sekian lama, laman web PesonaBatik.com mula beroperasi seperti biasa bermula hari ini. Anda boleh lawati senarai item & pilihan terbaru dengan melawati

PesonaBatik.com

← Previous Page