Adik Angkasawan Sheikh Muszaphar Meninggal Dunia Setelah Koma
Adik kepada angkasawan negara, Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Sheikh Mustafa Shukor Al Masrie meninggal dunia semalam setelah beberapa koma di hospital. Sheikh Mustapha yang lebih dikenali sebagai Ajil pengsan setelah terlanggar sebatang tiang ketika memasuki sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Berikutan perlanggaran itu, beliau terjatuh dan kepalanya terhentak pada batu bata di kawasan restoran tersebut. Sheikh Mustapha dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sehingga kematiannya semalam.
Berikutan itu, angkasawan Sheikh Muszaphar yang ketika ini masih lagi berada di Rusia setelah pendaratannya dari angkasa dibenarkan menamatkan tempoh kuarantinnya lebih awal untuk menghadiri pengkebumian adiknya. Muszaphar dijangka tiba di KLIA pada hari ini jam 6.45 pagi. Ibu bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad yang sebelum ini juga berada di Rusia telah pulang lebih awal, 2 hari sebelumnya untuk melawat adiknya yang berusia 32 tahun di hospital.
Sebelum pulang dari angkasa lepas, Muszaphar juga membuat kenyatan terdengar azan terngiang ngiang di kepalanya selama 10 minit.
Technorati Tags: adik angkasawan koma, adik angkasawan meninggal dunia, angkasawan, sheikh muszaphar
Butik SAIF Popular di Malaysia
Butik SAIF mengambil nama sempena pengasasnya sendiri iaitu Saiful Sidek Abdullah yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia perniagaan. Butik SAIF menjadi antara butik yang terawal memperkenalkan dan menjual baju yang berasaskan daripada fabrik linen. Saiful berpengalaman dalam mengendalikan perniagaan dalam bidang pemakanan (restoran), pengurusan resort, pengurusan kedai busana, gerai makanan dan juga pernah menjadi kontraktor, menjadikannya seorang yang cukup matang dalam selok belok perniagaan.
Saiful mengusahakan Butik SAIF yang beribu pejabat di Taman Setia Indah, Johor Bahru serta cawangan butik di Blok J-03-1, Jalan SS6/18, Dataran Glomac, Pusat Bandar Kelana Jaya, Selangor.
Menurut Saiful yang diwawancara oleh akhbar Utusan Malaysia, butik SAIF lahir daripada minat dan kegemarannya memakain pakaian berasaskan daripada kain linen. Setelah membuat analisis dan pemerhatian, dia mendapati masih belum ada kedai yang khusus menawarkan pakaian dari fabrik linen. Yang ada cuma kedai kedai pakaian yang menjadikannya sebahagian daripada produk mereka. Pun begitu, produk yang boleh didapati tidak mempunyai banyak pilihan. Keadaan itu telah mendorong Saiful untuk membuka sendiri butik yang memberi tumpuan khusus kepada penjualan baju daripada fabrik linen. Maka, lahirlah SAIF.
SAIF juga menitikberatkan kualiti dan mutu pakaiannya dan hanya mengimport material daripada Italy dan India. Ini kerana material yang murah mempunyai mutu yang rendah, panas serta gatal gatal apabila memakainya. Pakaian yang dijual di SAIF menyejukkan dan cukup selesa untuk dipakai.
Baju dan pakaian yang boleh didapati di SAIF dijual pada harga antara RM150 ke RM800 bergantung kepada jenis dan kualiti. Tambahan lagi, corak pakaian di SAIF adalah unik, iaitu hanya satu helai sahaja di Malaysia.
Saiful juga dalam perancangan untuk membuat corak batik di atas fabrik linen ini. Walaupun masih terlalu awal, namun SAIF memang di dalam perancangan jangka panjang iaitu memfrancaiskan perniagaan ini. Di samping itu, sAIF juga akan cuba untuk mengeksport ke luar negara seperti ke Eropah, Rusia, Afrika Selatan dan negara-negara Timur Tengara kerana negara-negara ini mempunyai ramai peminat-peminat kemeja linen.
Butik SAIF boleh dihubungi di talian telefon dan faksimile 03-7805 5400
Cabutan Pembeli Bertuah September 2007
Pemenang cabutan pembeli bertuah PesonaBatik.com untuk bulan September 2007 ialah Pn. Noor Azlinna Azizan dari Kuala Lumpur. Hadiah cabutan adalah sebuah mini-frame + pemegang kunci dari Sabah.

Cenderamata & barangan kraftangan sebegini boleh didapati di sekitar Kota Kinabalu seperti Pasar Kraftangan (dahulu Philippines Market), Plaza Wawasan dan kawasan sekitarnya. (Boleh lihat posting mengenai kristal & mutiara dari Sabah untuk gambar2 lain).
Tahniah kepada pemenang.
p/s: Oleh kerana PesonaBatik.com bercuti selama 3 minggu pada bulan ini (Oktober 2007), tiada hadiah cabutan pembeli akan dicabut untuk bulan tersebut. Walaubagaimanapun, pelanggan yang membeli pada minggu terakhir bulan Oktober 2007 akan dimasukkan dalam undian cabutan untuk bulan November 2007. Harap maklum.




