Guru Saman Ibu Bapa, Jenayah Pelajar Semakin Meruncing

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Saman Ibu Bapa Untuk Lindungi Guru.

Selepas beberapa insiden di sekolah yang telah memburukkan nama guru dan cikgu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengambil langkah untuk memfailkan saman terhadap beberapa ibu bapa yang telah membuat laporan palsu dan fitnah terhadap guru dan pendidik kepada media.

Tindakan tersebut, yang merupakan tindakan yang pertama seumpamanya diambil dengan tujuan untuk memelihara dan mengembalikan nama baik dan maruah guru yang tercemar akibat laporan palsu serta perbuatan tidak bertanggungjawab dikalangan ibu bapa yang menimbulkan keresahan masyarakat terhadap guru di Malaysia. Buat masa ini, NUTP telah melantik peguam untuk memfailkan notis saman serta menilai dan meneliti pelbagai bukti seperti laporan polis yang dibuat untuk menyokong pemfailan saman terhadap ibu bapa berkenaan.

Sehingga kini NUTP telah mengenalpasti 3 kes dakwaan salah laku yang dilaporkan oleh ibu bapa murid terhadap guru sekolah mereka, yang dikatakan palsu serta menyebarkan fitnah. Ketiga tiga dakwaan yang dilaporkan di Kedah itu didapati tidak berasas, dan pihak NUTP mempunyai bukti untuk menyokong pernyataan mereka. Salah satu laporan ibu bapa menyatakan anak mereka yang berada di tahun 1 dirotan guru di kaki, perut, tangan dan belakang badan serta dicekik sebagai hukuman kerana tidak membaca dengan kuat. Satu lagi laporan dibuat oleh ibu bapa dengan mendakwa anak mereka di tingkatan 4 mengalami retak tulang, serta lebam di tangan dan badan kerana dipukul, ditendang dan ditolak ke meja oleh guru.

Read more

Lagi Pelatih PLKN Meninggal Dunia

Malaysia dikejutkan dengan berita kematian seorang lagi pelatih PLKN. Kali ini mangsa mengikuti program PLKN di Kem Cheneh Cemerlang, Kemaman, Terengganu. Semalam, Mohd Rafi Ameer, 18 tahun meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tunku Ampuan Affzan selepas mengalami muntah muntah dan pengsan. Berita ini sudah pastinya akan meningkatkan lagi kebimbangan ibu bapa yang menghantar anak anak mereka mengikuti program PLKN berikutan selepas beberapa insiden dan kematian yang melibatkan pelatih.

Laporan daripada doktor mendapatai Mohd Rafi meninggal akibat sakit kuning yang didakwa berpunca daripada makanan yang dicemari najis haiwan.

Mangsa yang juga seorang yatim piatu sebelum ini menghubungi kakaknya dan ahli keluarga yang lain meminta mereka membawanya pulang, tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan jarak yang jauh di Kuala Selangor dan juga tidak mampu berbuat demikian. Kerana tidak berpuas hati dengan layanan daripada pihak pengurusan kem, kakak Rafi, Jubaidah Ameer, 24, telah membuat laporan polis.

Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mohd Rafi. Harap harap semoga ahli keluarga beliau bersabar.

Pada bulan April 2006, seorang pelatih PLKN, Haziq Jaafar, 17 tahun meninggal dunia akibat bertumbuk dengan seorang rakan pelatih. Pada bulan 22 Mei 2007, seorang lagi pelatih dari Kem Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Theresa Paulin, 17 juga meninggal dunia selepas didakwa diserang sawan sewaktu mengikuti latihan fizikal. Manakala pada bulan Januari 2007, Illi Ameera Azlan yang mengikuti kurusn PLKN di Kem Ayer Keroh meninggal dunia akibat sesak nafas.

Beberapa insiden kematian pelatih PLKN diselubungi misteri dan tanda tanya dan seringkali dikaitkan dengan kecuaian. Jika fenomena sebegini berlarutan, tidak mustahil semakin ramai ibu bapa yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti PLKN kerana bimbang tentang keselematan anak mereka.

← Previous Page