Pemenang Cabutan Pembeli Ogos 2007
Pemenang cabutan bertuah pembeli untuk bulan Ogos 2007 ialah Pn Zaleha Masod dari Temerloh, Pahang. Hadiah untuk kali ini ialah sehelai kain sarong Indonesia (sesuai sama ada untuk lelaki atau wanita).

Tahniah kepada pemenang.
Erra Fazira & Engku Emran Bertunang, Kahwin Akhir Tahun?
Erra Fazira telah bertunang dengan Engku Emran setelah menjalin hubungan percintaan sejak Mei 2007. Majlis pertunangan diadakan secara sederhana, di mana Erra Fazira telah meminta senaskah al-Quran sebagai hantaran pertunangannya. Engku Emran bin Engku Zainal Abidin adalah Ketua Pegawai Operasi radio Suria FM dan berasal dari Terengganu.
‘‘Kalau hendak hantaran wang, saya sudah lalui dulu. Bagi saya, pemberian al-Quran lebih afdal kerana saya lebih mementingkan keberkatan daripada angka (wang). Lagipun banyak ilmu yang akan kami peroleh daripadanya,” kata Erra selepas majlis pertunangan tersebut.
Dalam majlis pertunangan tersebut, Erra juga menerima 2 bentuk cincin emas bertatahkan belian yang disarungkan oleh ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Abdullah. Mereka juga dikatakan bakal berkahwin sebelum penghujung tahun, malah ada kebarangkalian perkahwinan mereka dipercepatkan dari tarikh yang dijangka.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428H/2007
Bulan Ramadhan untuk tahun 1428 Hijrah bakal menjelma kurang dari seminggu lagi. 1 Ramadhan dijangka jatuh pada hari Khamis, 13 September 2007 dan seluruh umat Islam di dunia akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada pertenghanan bulan Oktober 2007. Untuk jadual berbuka puasa 2007, boleh rujuk laman SKOR Career atau eKerjaya untuk muat turun waktu solat, imsak, sahur dan sebagainya. Multimedia University (MMU) juga megeluarkan waktu berbuka puasa untuk kawasan MMU dan juga kawasan di sekitarnya, anda boleh rujuk jadual tersebut menerusi laman web MMU.


