Resepi Raya 2007: Senarai Kuih, Kek & Biskut Popular Untuk Raya 2007

Berikut adalah senarai kuih, kek & biskut popular untuk Hari Raya 2007 yang ingin anda cuba:

1. Bahulu Raya

Kuih & Kek Raya 2007 - Bahulu RayaBahulu, adunan tepung, gula dan telur adalah antara biskut mesti ada untuk setiap hari raya. Cara membuatnya mudah, iaitu dengan menggunakan 10 biji telur, 600gm tepung dan 350g gula.

Cara membuatnya:

Pukul telur dan gula sehingga kembang.Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.

2. Kek Almond London

Kuih & Kek Raya 2007 - Kek Almond London Bahan bahan untuk biskut Almond London adalah mentega (250g), gula icing (125g), tepung jagung (100g), tepung gandum (250g), tepung gandum (250g), telur (dipukul).

Cara membuat:

Putar mentega, gula icing dan telur, masukkan campuran tepung dan uli dengan lembut. Masukkan badam yang siap dibakar di dalamnya. Bakar sehingga masak. Celupkan ke dalam coklat masakan dan tabur dengan badam yang telah dibakar.

3. Tat Nenas Gulung

Bahan bahan:

Resepi Kuih Raya 2007 - Kuih Tat NenasDoh: 1 kg tepung gandum, 1 ketul buttercup, 2 biji telur, 2 biji kuning telur(untuk disapu), 2 sudu teh esen vanila, 2 sudu teh esen nenas, majerin untuk melembutkan doh

Perasa dan hiasan: 1 biji nenas, 1 ½ cawan gula, 4 kuntum bunga cengkih, sehelai daun pandan

Cara membuat Tat Nenas:

Gaulkan semua bahan doh dan uli hingga lembut. Masak semua bahan perasa sehingga pekat dan sejukkan.Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

4. Kek Lapis

Resepi Kuih Raya 2007 Bahan bahan: 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung, ½ cawan gula, 4 cawan santan(sederhana pekat), 1 sudu teh garam, sedikit pewarna merah.

Cara membuat Kek Lapis:

Panaskan loyang dalam pengukus terlebih dahulu dgn api sederhana.Campurkan bahan1 dlm pengisar dan kisar hingga halus. Kemudian tapiskan.Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Letakkan pewarna merah pada satu bahagian. Masukkan sedikit bancuhan berwarna putih, biarkan dlm 3 minit. Masukkan bancuhan berwarna merah pula. Lakukan langkah ini hingga habis. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk baru potong.

5. Dodol

Resepi Kuih Raya 2007 - Dodol Bahan bahan: 1 gantang tepung pulut, 3 liter air suam, 2 liter santan pekat, 3 kg gula melaka, 3 kg gula pasir

Cara membuatnya:

Bancuh tepung pulut dengasn air suam . Masukkan ke dlam kuali dan masak atas api sederhana. Bila mendidih masukkan santan. Kacau lagi hingga mendidih. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau selalu supaya adunan tidak melekit. Masak hingga benar benar likat. Sejukkan dan bolehllah dipotong.

Selamat mencuba Resepi Kuih Raya 2007!

Kuih & Kek Raya 2007 - Kek Lapis Sarawak

Kuih & Kek Raya 2007

Nampaknya Kek Lapis Sarawak bakal menjadi santapan utama bagi hidangan kuih & kek raya untuk tahun 2007 ini. Setakat ini sudah lebih 20 biji kek yang telah ditempah oleh keluarga dari semenanjung. Sarawak memang terkenal dengan kek lapis dan sejarahnya dan adalah menjadi kemestian bagi mereka yang berkunjung ke Kuching dan Sarawak untuk membawa pulang Kek Lapis Sarawak.

Klik untuk melihat entry berkenaan dengan Kek Lapis Sarawak.

Ada lagi yang nak kirim kek lapis untuk hidangan kuih muih sewaktu menjelang raya nanti? Hmm.. nampaknya mungkin sudah terlambat. Bercakap tentang raya, ada kemungkinan 1 Syawal akan jatuh pada sama ada 12 atau 13 Oktober 2007, bergantung kepada penglihatan anak bulan. Kita tunggu dan lihat.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Mayat Dalam Beg Sah Nurin Jazlin

Petikan dari Utusan mengesahkan mayat yang ditemui dalam beg adalah milik adik Nurin Jazlin yang hilang sebelum ini setelah ujian DNA dilakukan. Sebelum ini, kedua dua ibu dan bapa Nurin yang mengecam mayat tersebut menafikan mayat tersebut adalah mayat anaknya.

“Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

“Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang.

Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

“Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jazimin juga berkata, beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya

Jazimin berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35 telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

“Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan “saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.-Bernama”

Next Page →