Cabutan Bertuah Pembeli Julai 2007
Pemenang cabutan bertuah pembeli untuk bulan Julai ialah Nazlinda Razi dari Johor Bahru, Johor. Hadiah cabutan bertuah adalah berupa sepasang brooch gabungan kristal dan mutiara.


Brooch kristal dan mutiara ini dibeli di Pasar Kraftangan (atau Philippine Market) di Kota Kinabalu, Sabah sewaktu bercuti beberapa bulan yang lalu. Pasar Kraftangan ini memang kaya dengan hasil kristal dan mutiara serta banyak pilihan yang boleh didapati jika anda berkunjung ke sini. Selain daripada pulau pulau di Tunku Abdul Rahman National Park (Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik), Pasar Kraftangan juga menjadi kemestian jika anda melancong ke Sabah, terutamanya Kota Kinabalu.
Tahniah buat pemenang.
Bila Lagu NegaraKu jadi NegaraKuKu
Perbuatan seorang pelajar Malaysia yang bergelar Namewee yang mengubah lagu Negaraku menjadi rentak rap serta menyelami video klipnya dengan imej imej serta rakaman video mencetuskan reaksi pelbagai pihak. Rata rata marah dengan tindakan Namewee yang nampaknya tidak menghormati lagu NegaraKu, lagu kebangsaan negara Malaysia. Lirik lagu itu juga dikatakan menyindir masyarakat Melayu, Islam, kakitangan kerajaan dan juga penguatkuasa undang undang terutamanya polis.

Antara ubahan yang dibuat ialah mengulang ulang sebutan antara “NegaraKu” dan “NegaraKuKu” dalam nyanyian yang berulang ulang gaya rap. Manakala senikata lain dibuat dalam bahasa Cina. Diakhir klip video tersebut, liriknya berbunyi “Jangan sue (saman) saya, saya takde duit”. Klip video ini dimuat turun ke dalam YouTube dan telah ditonton oleh beratus ribu orang.
Kadang kadang apabila sudah terlalu kreatif pun kita alpa sehingga membawa padah. Nama Namewee mula popular setelah dia memasukkan video klip berbahasa Cina yang menceritakan tentang bandar kelahirannya, Muar, Johor yang bertajuk Muar Chinese. Video tersebut ditonton hampir setengah juta kali dalam masa 24 jam sehingga Namewee muncul dalam keratan akhbar kerana popularitinya yang mendadak. Mungkin kerana itu dia berasa besar kepala dan cuba untuk terus menonjolkan kemampuannya dengan bertindak mengadun lagu kebangsaan Negaraku yang bakal memakan diri sendiri.
Namewee kini sedang melanjutkan pelajaran di Taiwan, dalam jurusan Mass Communication.
Pasu Sarawak
Satu lagi kegilaan pengunjung (perkataan ‘kegilaan’ tu sebenarnya hanyalah exaggeration semata) yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dan membawa balik keunikan Sarawak menjadi motif mereka yang datang berkunjung di sini. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.
Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak yang menjadikannya bahan yang mesti ada dalam majlis majlis keramaian dan pesta seperti upacara Gawai, pengebumian dan perkahwinan. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini.

Antara tempat yang popular dan seringkali dikunjungi ramai ialah Batu 4, atau Batu 4 1/2 yang terletak kira kira 25 minit perjalanan kereta dari bandar Kuching. Kawasan Batu 4 menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu pasu dibuat dan terus dijual di sini. Jadi selain melihat pelbagai corak dan bentuk pasu, anda juga berkesempatan untuk melihat sendiri proses bagaimana pasu bunga dihasilkan daripada tanah liat pada suhu mencecah lebih 800 degree celcius!


Pelbagai jenis, saiz dan bentu pasu yang boleh anda perolehi di sini. Pasu pasu Sarawak ini juga sesuai untuk dijadikan perhiasan serta menempati pelbagai jenis ruang di kediaman anda. Jika sekiranya Eric Leong dari Casa Impian datang ke sini, mesti air liur dia merembes tak henti henti kerana tak tahan dengan godaan pilihan pasu yang menarik.


