Malaysia 3 – Myanmar 1: Malaysia Juara Pesta Bola Merdeka 2007

Malaysia mencatat kejuaraan kali ke-11 dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka setelah menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini. Kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan Pesta Bola Merdeka adalah pada tahun 1993 dengan menewaskan Korea dengan keputusan jaringan yang sama.

Malaysia Juara Pesta Bola Merdeka

Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun telah memberi sinar baru kepada peminat bola sepak tempatan setelah kegagalan demi kegagalan dilalui oleh pasukan senior kebangsaan. Namun adakah sinar baru ini bakal berkekalan? Sudah lama peminat bola sepak di Malaysia ingin melihat sebuah pasukan yang mantap dan kini harapan itu hadir menerusi pasukan yang dibintangi bintang bintang muda seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Khyril Muhymeen, Norfarhan dan lain lain. Pasukan bawah 23 tahun Malaysia juga dibantu 2 pemain senior iaitu Nurhafiz Zamani Misbah and Shukor Adan.

Begitupun, perlawanan berlangsung dalam keadaan yang genting sehingga memaksa pengadil mengeluarkan banyak kad kuning serta memerintahkan pemain Myanmar keluar padang. Selepas ini, pasukan Malaysia bakal mengharungi saingan lebih getir dalam Sukan Sea yang bakal berlangsung di Korat, Thailand.

Tahniah Malaysia dan semoga bola sepak Malaysia terus maju.

Kupu Kupu Misteri Serang Labis

Kehadiran kupu kupu misteri di pekan Labis, Johor mendapat liputan media massa di negara ini setelah kupu kupu tersebut dikatakan menjadi punca merebaknya penyakit kulit dan gatal gatal. Beribu ribu penduduk yang terdiri daripada orang dewasa, wanita dan kanak kanak tidak mendapat pengecualian dan pendedahan kepada serangga tersebut akan mengakibatkan timbulnya bintik bintik kemerahan dan berair.

Dari manakah datangnya kupu kupu ini?

Read more

Proton Persona Bakal Ubah Nasib Proton?

Proton PERSONA, model baru Proton dilancar dengan harga antara RM44,999 hingga RM55,000 sebuah. Proton Persona adalah kereta sedan dengan 4 pintu dan berkapasiti 1.6 l. Pelancaran disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Setakat ini sudah lebih 2000 tempahan telah diterima untuk model terbaru Proton tersebut.

Gambar & Harga Proton Persona

Proton mensasarkan jualan antara 30,000-40,000 unit dalam masa 12 bulan akan datang.

Menurut Proton, Persona bakal mengembalikan zaman kegemilangan Proton. Hmm… betul ke ni? Mari kita tunggu dan lihat. Saya belum tengok lagi model terbaru Proton ni. Dalam gambar nampak Persona ini ada rupa seperti gabungan Gen2 dan juga Perdana. Ada yang dah tengok? Website Proton dan Proton Edar pulak nampaknya down.

Mengecewakan.

Next Page →