Cikgu, Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang….

Waktu kecil kecil dulu, bila ke sekolah, mak & ayah akan cakap sama cikgu,

“Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu nak dekat anak kami. Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Biar dia belajar hormat orang tua. Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong orang tua.”

Sekarang, bila sudah masuk era kemodenan dan urbanisasi,

Cikgu tak boleh cubit.

Cikgu dah tak boleh pukul

Cikgu tak boleh denda.

Cikgu tak boleh rendam dalam air. Keterlaluan. Bahaya. Nanti gatal gatal.

Walaupun pelajar degil ditahap gaban sekalipun. Biarkan. Tak usah didenda.

Teruskan buang pad dalam mangkuk tandas. Tak apa, kalau didenda, pergi jumpa orang surat khabar. Orang TV pun ramai. Semua dahagakan berita sensasi. Semua tak sabar nak masyhurkan cikgu. Pengawas pun ada. Biarlah diorang korek pad tu dengan tangan diorang sendiri. Aku kan tak malu. Aku tiada kemaluan.

Sikit sikit, cikgu akan masuk surat khabar. Cikgu akan masuk berita TV1. Cikgu masuk TV3. Mak ayah akan komplen. Mak ayah hasut kementerian ambil tindakan tatatertib dekat cikgu. Mak ayah jumpa lawyer. Mak ayah nak saman cikgu. Nenek pun komplen. Nenek amat sayangkan cucu. Cucunya tak boleh dipukul. Cucunya tak boleh dirotan.

“Cikgu tak ada perasaan”.

“Cikgu kejam.”

“Cikgu suka buli.”

“Cikgu kurang ajar.”

Bila dah jadi camtu, kerajaan pun komplen.

“Tak ada orang nak jadi cikgu.”

“Tenaga perguruan kurang.”

Dulu profesion guru dimuliakan. Guru dihormati. Disegani. Kini….. melukut di tepi gantang. Tugas guru sekarang, masuk kelas, mengajar, balik, makan nasi, datang mengajar balik, balik rumah, tidor.

Cikgu, walau apapun persepsi, kaulah pembimbing kami. Tangan tangan pencubit itulah yang mendisiplinkan kami. Tangan tangan yang merotan itulah yang mendewasakan kami. Kami di sini pada hari ini kerana mu. Kami sayang kamu. Dayang pun sayang kamu. Terima kasih guruku.

Nuri terhempas (video) – helikopter bawa jenazah ke HKL

Video ringkas menunjukkan helikopter membawa mangsa Nuri terhempas ke Hosptital Kuala Lumpur.



Technorati Tags: ,

Pesawat Nuri Terhempas – Tiada Survivor

Berita kehilangan pesawat NURI milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang dikhuatiri jatuh terhempas berakhir dengan tragedi apabila kesemua 6 penumpang di dalam pesawat tersebut terkorban. Mereka yang terkorban ialah Kapten Nor Azlan Termuzi, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin, Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Udara Muhammad Ridzuan Ahmad.

Bangkai pesawat Nuri yang terhempas tersebut dijumpai pada hari ini jam 1.24 petang, 5 hari setelah ia dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kem Sungai Besi ke Kem Kuantan, Pahang.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Allahyarhamah Intan Asykeen sebelum ini bertugas di Sarawak dan merupakan satu satunya juruterbang TUDM wanita di seluruh Sarawak pada masa tersebut. Amat menyedihkan tarikh kemalangan berlaku pada jatuhnya hari lahir ibunya yang ke-51.

BUTTERWORTH: Masnah Norpiah has been feeling depressed since last Friday.

It was her 51st birthday. It was also the day her daughter Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof went missing.

Kapt Nor Intan was on the Nuri helicopter which went missing after taking off from the Sungai Besi airbase.

The others are pilot Kapt Nor Azlan Termuzi, air quartermaster Sjn Khusnizam Ariffin, Sjn Azmie Md Yassin, senior airman Saifulizam Alias and airman Muhammad Ridzuan Ahmad.

“She never forgets to call me, her father and five siblings on our birthdays.

“She called me the day before the incident to wish me Happy Birthday,” said a teary-eyed Masnah at her house in Taman Desa Murni, Sungai Dua, yesterday.

Her father Mohd Arof Arifin, 55, a retiree, asked Malaysians to pray for the safe return of his daughter and her five colleagues.

Petikan dari The Star Online.

← Previous PageNext Page →