IRAQ Juara Piala Asia 2007

Tahniah kepada pasukan IRAQ yang memenangi perlawanan akhir Piala Asia 2007 menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Dilabelkan sebagai pasukan ‘underdog’ serta dibelenggu masalah kesan peperangan di negara sendiri, Iraq membuat kejutan demi kejutan untuk menewaskan pasukan pilihan termasuk Australia dan akhirnya merangkul gelaran juara Piala Asia buat julung julung kali.
Agaknya bilakah Malaysia akan menjuarai Piala Asia? Anda boleh membuat undi di laman SKOR Career- When Will Malaysia Win the Asian Cup?
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007, UPM
Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 akan diadakan di Universiti Pertanian Malaysia, bermula 26 hingga 29 Julai ini (Jumaat-Sabtu) di Dewan Utama UPM.
Puteri Sarah Liyana Bintangi Aduh Saliha
Sarah Liyana, atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana bt. Megat Kamarudin bakal membintangi filem Aduh Saliha. Filem Aduh Saliha adalah arahan M Nasir dan bakal menampilkan Mawi sebagai filem pertama yang dibintanginya.
Siapa Puteri Sarah Liyana ini? Kalau ingat iklan Silky Girl di mana gambar seorang gadis diambil oleh makcik dari pelbagai sudut; depan, tepi, atas, tertunggeng dan sebagainya….. hmmm itulah Liyana. Ingat? M Nasir sebelum ini menolak beberapa pelakon terkenal seperti Fasha Sandha dan Erra Fazira kerana mereka dikatakan tidak mempunyai ciri ciri ‘Saliha’ yang dicari.

Sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan untuk pembikinan filem Aduh Saliha. Penggambaran filem ini bakal bermula selepas Hari Raya Aidilfitri atau awal tahun hadapan. Filem ini juga bakal menyelitkan lagu kesinambungan kepada Aduh Saliha yang telah menjulang nama Mawi menerusi Akademi Fantasia 3.
Related story: Mawi bintangi filem Aduh Saliha.


