Izi Yahya meninggal dunia
Takziah Tahniah (sori typo) buat keluarga Allahyarham Izi Yahya, yang telah meniggal dunia pada hari Isnin, 25 Jun lepas. Allahyarham Izi Yahya ialah pelakon yang terkenal dengan watak penjahat dan nakal.

Izi mula mewarnai arena seni tempatan dengan kemunculan dalam filem Ali Setan bersama Aznil Mustapha dan Ogy. Selain itu, beliau juga aktif berlakon dalam beberapa drama dan filem tempatan yang lain seperti Gerak Khas. Allahyarham yang sebelum itu telah menjadi pembedahan, meninggal disebabkan pendarahan pada otak. Beliau mengalami pening dan muntah muntah sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama dokumentari bertajuk Demi Cinta Negara sempena perayaan sambutan kemerdekaan ke 50 dan kemudiannya di bawa ke hospital Tampin. Kemudiannya beliau dipindahkan ke hospital Seremban di mana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ.
Antara filem terakhir yang dilakonkan Izi Yahya ialah Embun yang membawa watak seorang pegawai tentera Jepun. Lakonan Izi dalam filem Embun membolehkannya menyandang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-16.
Takziah sekali lagi buat keluarga Allahyarham Izi Yahya.
Karnival Mega Jualan 2007

It’s shopping time. Kalau anda masih belum tahu, ya, Karnival Mega Jualan 2007 (Mega Sales Carnival 2007) telah bermula sejak 2 minggu lepas (16 June 2007) dan akan tamat pada 2 September 2007.
Karnival pada kali ini dikatakan lebih meriah dan besar memandangkan ia selaras dengan sambutan menyambut kemerdekaan kali ke-50. Beberapa acara juga bakal disajikan oleh pasar raya yang terlibat dalam karnival jualan kali ini seperti Lucky Draw, Shopping/Treasure Hunt dan juga Malaysia Mega Midnite Sales yang akan berlangsung di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Antara pasar raya lain yang terlibat ialah Starhill Gallery, BB Plaza, Berjaya Times Square, Low Yatt Plaza, Sungei Wang Plaza dan lain lain.
Technorati Tags: karnival mega jualan 2007, mega sale carnival 2007, starhill gallery, bb plaza, berjaya times squar, low yatt plaza, sungei wang plaza
Perniagaan keropok beri hasil lumayan
Negeri Terengganu memang dikenali dengan slogan ‘negeri cantik, budaya menarik’. Selain itu, Terengganu juga tersohor dengan keropok lekornya yang terkenal. Walaupun keropok lekor boleh didapati di negeri negeri lain seperti di Kelantan, Pahang mahupun KL, tetapi pasti kita akan mengaitkan perniagaan keropok lekor dengan negeri Terengganu. Kalau berkunjung ke Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah beli keropok lekor.
Ramai pengusaha perniagaan keropok di Terengganu yang telah berjaya. Salah satunya ialah Keropok Lekor Sukaramai, yang terletak di jalan Batu Rakit. Keropok Lekor Sukaramai dimiliki dan diusahakan oleh Puan Ramzas Daud, 45 yang membuka perniagaannya sejak 19 tahun yang dulu.
Puan Ramzas sendiri tidak menyangka perniagaan kecil kecilan yang dimulakan hampir 20 tahun dulu akan berkembang besar dan dikenali ramai, malah dikunjungi oleh pengunjung pengunjung dari luar Terengganu. Niat yang asal adalah untuk membantu keluarga menambah pendapatan dan menyara keluarga. Ramzas bekerja dengan ikhlas dan bersungguh sungguh. Benarlah kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyungnya, mana nak dapat sagu. Dia kini berbangga memiliki rumah besar dan berkereta mewah.
Keropok Sukaramai bermula di hadapan rumah Ramzas sendiri dan cepat mendapat sambutan berdasarkan kedudukannya yang strategik di tepi jalan. Gembira dengan perkembangan tersebut, mereka terus mengembangkan perniagaannya dengan membuka kilang memproses ikan dan keropok di belakang rumahnya dengan dibantu oleh anak anaknya. Puan Ramzas telah membuktikan seorang wanita dan juga ibu tunggal sepertinya juga boleh berjaya dalam bidang perniagaan.
Beliau juga bangga kerana perniagaan ini adalah hasil titik peluh sendiri. Antara faktor kejayaan lain Keropok Lekor Sukaramai ialah resepi keropoknya yang merupakan resepinya sendiri serta layanan mesra yang diberi kepada pelanggan. Keramahan, sikap rendah diri dan menjaga hati pelanggan menjadi tarikan utama untuk pelanggan terus bertandang ke gerai perniagaan Keropok Sukaramai.




