Noor Arfa Batik tempa kejayaan
Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.
Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.
550 pelajar pertama Universiti Pertahanan Malaysia
Adi, anak jiran kami Mejar Bambang dan Kak Ana menjadi antara 550 orang pelajar pertama menyertai semester pertama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Sungai Besi hari ini. Senarai 550 pelajar tersebut adalah termasuk 101 pelajar perempuan.
Kesemua mereka akan mengikuti kursus asasi dalam tiga bidang iaitu Kursus Asasi Kejuruteraan, Kursus Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan serta Kursus Asasi Pengurusan dan Pengajian Pertahanan selama setahun sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama selama empat tahun.
Kristal & permata Norhaidah
KEKECEWAAN rumah tangga berikutan perpisahan dengan bekas suami 19 tahun lalu tidak pernah memudarkan semangat wanita ini untuk mencipta kejayaan.
Bahkan, Norhaidah Mohd Noor, 44, berasa wanita tidak perlu menangis untuk meraih simpati lelaki jika mereka mahu berjaya dalam bidang diceburi.



