Rompak makanan kucing

Harian Metro hari ini melaporkan cubaan sekumpulan penyamun yang ingin merompak sebuah trailer mengandungi makanan kucing di Rawang digagalkan dua jam selepas pemandu trailer tersebut membuat aduan.

Tiada sebab dilaporkan mengapa perompak tersebut mengambil keputusan merompak makanan kucing. Ada kemungkinan mereka tidak mahu menanggung risiko berbalas tembakan dengan polis jika mereka memilih untuk merompak bank.

Read more

Kolam Air Panas Gadek, Melaka

Kolam Air Panas Gadek terletak di Alor Gajah, Melaka dan sesuai dilawati jika anda berkunjung ke A-Famosa resort atau dalam perjalanan ke pekan Tampin atau Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 km.

Menurut sejarah, sumber air panas ini dijumpai oleh orang British dan kemudian ditemui oleh orang kampung yang melihat ramai tentera British mendiami kawasan sekitarnya.

Read more

Radzuan Radziwill

Siapa sangka anak yang dilahirkan di kampung dan jauh dari dunia fesyen kini boleh menjadi antara pereka fesyen yang menyerlah di Malaysia. Apabila Radzuan terpilih memasuki Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang rekaan fesyen, dia tidak memandang ke belakang lagi.

Kini Radzuan Radziwill menjadi nama yang tidak asing dalam dunia fesyen tanah air. Pakaian hasil rekaan Radzuan seringkali digayakan oleh VVIP, isteri isteri orang kenamaan, selebriti, kerabat diraja dan banyak lagi. Kata Radzuan, semuanya bergantung kepada minat. “Jika tiada asas, tetapi mempunyai minat dan sanggup belajar bersungguh sungguh, satu hari nanti kita akan menempa kejayaan.” Read more

← Previous PageNext Page →