Rezeki ikan pekasam

KAGUM dan bangga melihat kesungguhan sembilan wanita daripada Kumpulan Ekonomi Wanita, Kampung Kota Aur, Sik, Kedah itu mengusahakan ikan pekasam Klasik yang mendapat sambutan menggalakkan.

Separuh hari mereka habiskan memproses ikan air tawar itu tanpa mengeluh penat atau bosan.

“Melalui aktiviti ini, kami memanfaatkan masa terluang bagi menambah pendapatan keluarga.

Kami menjalankan kerja dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat dan ikan air tawar yang diproses menjadi ikan pekasam itu untuk pasaran tempatan dan luar negara,” kata Pengerusi Kumpulan Ekonomi Wanita terbabit, Che Salma Salleh.

Mengimbau kembali perusahaan yang bermula dua tahun lalu itu, Che Salma yang mewakili kumpulan berkenaan berbangga dengan sokongan serta bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia.

Read more

Motivasi di sebalik kisah Jerry Maguire

Banyak motivasi dan teladan yang boleh diambil dari kisah Jerry Maguire (lakonan Tom Cruise) yang diterbitkan pada tahun 1996.

Ia kisah drama yang berkisah tentang duit, kejayaan, kegagalan, keluarga, persahabatan dan motivasi diri. Ia juga mengandungi unsur unsur humor yang bakal mencuit hati penonton. Antara adegan yang paling popular ialah adegan menjerit ’show me the money’ dan ‘i love black people’ di dalam telefon.

Dalam bukunya Cashflow Quadrant, Robert Kiyosaki juga memberikan contoh daripada kisah Jerry Maguire bagaimana jaminan kerja (job security) boleh menghalang seseorang daripada mencuba sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan besar. Setelah dipecat daripada majikannya, Jerry Maguire telah bertanya kepada staf firma tersebut jika sekiranya ada diantara mereka yang mahu mengikutnya mencipta kejayaan. Hanya seorang sahaja daripada puluhan mereka yang ada yang mengambil keputusan mengikutnya. Seorang lagi menjawab, “Saya tak boleh sebab 3 bulan lagi gaji saya akan dinaikkan.”

Read more

Kenaikan lagi gaji kakitangan awam?

Pasti kakitangan kerajaan gembira dengan durian runtuh kenaikan gaji, elaun dan insentif yang bakal bermula bulan Julai 2007 ini. Seharusnya ini memberi inisiatif yang lebih kepada mereka untuk terus berusaha memajukan produktiviti serta memberikan khidmat pelanggan yang baik kepada masyarakat. Sebelum ini kakitangan kerajaan dicemuh kerana tidak cekap dan tidak mesra pelanggan. Tibalah masanya untuk berubah.

Pasti kakitangan swasta yang terpaksa bekerja 18 jam sehari akan masam mencuka, lagi lagi jika majikan mereka mengumumkan tiada kenaikan gaji yang bakal diberikan selari dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan. Dahla kerja keras, gaji pun sikit.

Tetapi tahukah anda kerajaan sudah bersedia untuk menaikkan sekali lagi gaji dan elaun kakitangan kerajaan? Apakah syarat syaratnya? Read more

← Previous PageNext Page →