Cabutan bertuah pembeli April 2007

Setelah cabutan dibuat, pemenang hadiah pembeli untuk bulan April 07  ialah Norliza Zainol Abidin dari Pulau Pinang. Hadiah berupa gelang mutiara dan kristal asli dari Sabah.

Tip: Sewaktu memilih barangan kristal dan mutiara, untuk melihat samaada kristal atau mutiara yang dibeli adalah asli, apa yang anda perlu buat ialah dengan meminta peniaga memanaskan cebisan kristal atau mutiara tersebut dengan mancis/lighter. Kristal dan mutiara yang asli akan menjadi panas tetapi tidak akan cair atau hangus. Manakala plastik atau kristal dan mutiara tiruan akan hangus dan cair dengan cepat. Kalau mahu mencuba sendiri pun boleh tetapi mesti berhati hati agar tidak terkena benang/tali yang menyambungkan kristal atau mutiara.

Melaka trip 26Apr-30Apr 07

Kami akan ke Melaka 26 Apr – 30 Apr 07, so kemungkinan besar takde entry dalam jangka masa tersebut. Huh… hang over trip kat sabah belum habis gi.. letih…letih…

Kami akan kembali dengan pengalaman menarik. Stay tuned. Sebelum berpisah kami tampilkan budak budak sengal yang belajo menari.

Quickest way to lose customer

Rakaman perbualan telefon dengan syarikat Hampeh Rent-A-Car (terkenal di seantero Malaysia), Selasa, 24 Apr 2007, 9am.

Pemanggil: Hello

Penjawab: Hello, selamat pagi, Hampeh Rent-A-Car, boleh saya bantu?

Pemanggil: Ya, saya bercadang untuk menyewa kereta untuk hari Khamis ni. Boleh saya tahu kereta apa yang available?

Penjawab: Boleh, yang ada kereta Wira, Waja dengan pacuan 4 roda. Encik nak sewa berapa lama, dan pick up di mana?
Read more

Next Page →