Batik – pengenalan

Batik adalah hasil seni dan kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan ‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’.

batik sutera

Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutama kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini juga digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok.

penghasilan batik menerusi blok

Penghasilan batik menerusi blok.

mencanting batik

Penghasilan batik menerusi proses mencanting.

Cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain, atau dengan kata lain digelar ‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilkan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

batik kebaya

Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan kini batik juga telah melalui revolusi kontemporari di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini.

Shidy, Yana & Atromen

Pada bulan Jun 2007, kawan baik kami iaitu Norashidy Ismail aka Shidy akan bernikoh dengan tunangnya Yana di kampung mereka di Kelantan. Kenduri belah perempuan akan diadakan pada 2 Jun di Kota Bharu dan belah lelaki pada 4 Jun 2007.

Tahniah buat Shidy & Yana. Kebetulan Shidy yang belajar satu kolej dulu adalah peminat setia dikir barat dan dikatakan bakal mencetus revolusi kebangkitan dikir barat versi clean. Bersempena hari yang mulia ini kami berdua ingin mengucapkan tahniah, dan sebagai hadiah, terimalah lagu dikir Atromen yang bertajuk Atromen Manusio Biaso ditujukan khas untuk Shidy. Lirik dan video klip ada di bawah.

Lirik:

Atromen makhlok yang sangat mulio
Atromen manusia biaso
Takdok sapo hok yae dapat lawe dio

Bulehnya bertukar rupo
Gapo sajo lawenyo
Di mano pun juo tetap ado
Nok tolong kito…

Selamat kenlah kami
Selamat…ken bumi
Dok harapken nyo batue
Dari Atromen…

Hidup pun jadi ame
Tak dok lagi gangue
Darilah raksaso, deneso
Dan jugok gapo sajo

Klip video: